4 MASALAH KULIT PUNGGUNG

4 Masalah Kulit Punggung


Masalah selulit



Masalah kulit boleh berlaku di mana sahaja pada badan anda dan termasuk pada bahagian punggung. Jerawat dan selulit adalah contoh masalah yang sentiasa berlaku dan disini dikongsikan tips bagaimanakah cara untuk merawat dan mencegah masalah kulit yang biasa berlaku ini.

1. Jerawat
Gunakan krim benzoil peroksida untuk memusnahkan bakteria penyebab jerawat. Jika ia tidak berhasil , jumpa doktor kulit anda untuk mendapatkan nasihat pengambilan antibiotik topikal atau krim Retin -A. Jika anda seorang yang aktif dan kerap bersenam, Salah satu lagi petua untuk mengelakkan jerawat dari muncul di permukaan kulit punggung anda, segera menanggalkan pakaian senaman anda dengan selepas bersenam dan mandi untuk mengelakkan pembiakan bakteria yang boleh terjadi daripada kelembaban peluh.

2. Regangan kulit
Garis putih atau merah yang disebabkan oleh ketegangan kulit yang akibat perubahan berat badan yang mendadak (semasa mengandung). Garisan membentuk apabila elastin dan serat kolagen di bawah permukaan kulit menjadi lemah dan koyak, meninggalkan jalur-jalur pada kulit. Regangan kulit juga di kaitkan dengan keturunan (genetik), jadi jika ibu anda mempunyai masalah ini, anda juga akan lebih mudah untuk mengalami perkara yang sama.
kekalkan berat badan yang stabil, penurunan atau penambahan berat badan dengan cepat akan meregangkan kulit. Malangnya, tidak banyak yang boleh dilakukan mengenai regangan kulit, Jika garis masih lagi baru , retinoid topikal preskripsi seperti Retin -A boleh menghilangkan kesan regangan dengan merangsang pertumbuhan kolagen yang membantu pertumbuhan kulit. Jika ia telah berubah menjadi putih, rawatan laser boleh digunaakan untuk memulihkan kembali permukaan kulit, tetapi kebiasaannya keputusan tidak lah begitu Ketara .
3. Selulit
Selulit boleh kelihatan ketika kita seawal umur 20an apabila kulit mula menjadi loggar. Ini biasanya berlaku akibat lebihan berat badan, lemak yang memecahkan ikatan tisu di bawah permukaan kulit menyebabkan selulit.
Cara terbaik untuk mengelakan selulit adalah dengan menurunkan berat badan dan kerap bersenam, kurangnya lemak maka kurang selulit. Anda juga boleh menggunakan krim pencegah selulit yang mengandungi kafein yang boleh menegang dan menghilangkan kesan selulit.
4. Ruam
Untuk mengelakkan ruam, mandi dengan serta-merta selepas melakukan senaman anda, pastikan badan kering kemudian sapukan sedikit krim hydrocortisone. Jika ruam ini tidak hilang dalam masa beberapa hari, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk menghilangkan jangkitan kulat atau masalah kulit yang lain, seperti psoriasis.